- Back to Home »
- Ekstrim , unik »
- Ups, Pria Ini Nggak Sadar Ketusuk Obeng...Sadarnya Setelah Lihat Ke Cermin
Posted by : Marketing IndiHome
Senin, 25 Maret 2013
Ups, Pria Ini Nggak Sadar Ketusuk Obeng...Sadarnya Setelah Lihat Ke Cermin - Seorang lelaki dari Poland menyedari sebatang screwdriver tertusuk di kepalanya hanya selepas dia melihat ke cermin.Lelaki berusia 25 tahun itu sedang melakukan kerja bertukang di halaman taman rumahnya, apabila dia terjatuh ke longgokan peralatan.
Pada awalnya dia tidak merasakan apa-apa, apabila dia melihat ke cermin selepas dia terjatuh kemudian barulah dia sedar yang 1/3 daripada batang screwdriver tersebut tertusuk ke dalam kepalanya. Apa yang lebih pelik ialah, dia tidak menjerit kesakitan ataupun dalam keadaan panik, malah dia sempat menyalakan sebatang rokok, sebelum dia meminta bantuan jirannya untuk menghantarnya ke hospital.
“Saya tidak ingat apa yang berlaku pada hari itu, pada satu masa saya sedang bekerja di halaman rumah saya dan saya terjatuh,” kata lelaki itu yang tidak mahu dikenali.Selepas itu saya teringat yang saya hanya berasa sakit di tangan dan telinga saya,”
Hentakan itu sangat kuat sehinggakan screwdriver itu tertusuk beberapa centimeter ke dalam kepalanya, tetapi lelaki itu bertuah kerana tusukan tersebut tidak terkenan kepada otaknya.3 jam pembedahan dilakukan doktor di sebuah Hospital Universiti di Bialystok untuk mengeluarkan screwdriver tersebut, dan lelaki tersebut dijangka akan sembuh sepenuhnya di dalam masa yang terdekat.
[ sumber ]